Uric Acid
Kandungan uric acid yang tinggi di dalam darah boleh
menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit GOUT dan terbentuknya
BATU KARANG di dalam buah pinggang/ saluran ureter/ pundi kencing.
Paras uric acid di dalam darah dipengaruhi oleh faktor keturunan dan
pemakanan. Faktor keturunan adalah amat-amat menentukan ketinggian paras
uric asid di dalam darah seseorang. Sekalipun seseorang itu memakan
makanan yang banyak uric asid tetapi paras uric acid di dalam darah
tetap kekal normal sekiranya tiada faktor keturunan. Sebab itu,
seseorang yang paras uric acid di dalam darah pada paras normal semasa
ujian darah yang pertama – menunjukkan seseorang itu tak perlu lagi
diulang periksa ujian darah uric acidnya .
Elakkan memakan ikan bilis, jantung, hati, daging , ikan sardine, telur ikan, otak, kepah dan makanan laut yang lain, kekacang, cendawan, bayam bunga kobis dan kacang dal.
Pesakit gout jika dinasihatkan kurangkan makanan tinggi protin, kurangkan pengambilan makanan berlemak, kurangkan berat badan, elakkan minuman beralkohol dan minum air banyak.
0 comments:
Post a Comment