Bekam Sunnah Naurahman

Perkhidmatan Pakar Bekam Ke Rumah Anda - Sekitar Seremban
Hubungi : Puan Afiza 019-3013020

Bekam Sunnah Naurahman

Amalan Berbekam Mengurangkan Uric Asid Dalam Darah
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Bekam Sunnah Naurahman

Perkhidmatan Pakar Bekam Ke Rumah Anda - Sekitar Seremban
Hubungi : Puan Afiza 019-3013020

Wednesday 4 February 2015

Testimoni lagi

Testimoni masih panas.. .baru keluar dr oven.. .
Mlm td bekam...harini dpt hasil yg sungguh memuaskan.. .alhamdulillah.. . Kesan setiap pesakit adalah berbeza.. .ada org cepat ada org mengambil masa tiga hari..
Terima kasih puan effa menerima khidmat bekam dr bekam naurahman muslimah. ..

Thursday 15 January 2015

Tempahan

Tempahan

Pakar dalam rawatan bekam sunnah.

 Harga : Hanya RM65 untuk 15 cup bekam 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mencuba rawatan alternatif bekam sunnah,sila hubungi :

Pengasas Bekam Mobile Naurahman

Puan Fiza : 019-3013020 (Wanita sahaja)

Fazly - 012-3401023  (Lelaki sahaja)

Email : naurahman78@gmail.com

 

  Kami datang ke tempat anda !!!

Tambahan :-

Caj Pengangkutan mengikut jarak :

  • Kl/Selangor - RM 50 

  • PD RM - 25 

  • Nilai - RM 10 

  • Putrajaya - RM 50

 

 

Apa itu bekam?

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.

Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: orang yang melakukan kerja membekam; atau  alat untuk membekam.Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bekam

Jenis Bekam

Jenis bekam


Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

 





Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Rawatan dan Amalan Berbekam


Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.



Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam



Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

testimoni 4

Testimoni #4