Bekam Sunnah Naurahman

Perkhidmatan Pakar Bekam Ke Rumah Anda - Sekitar Seremban
Hubungi : Puan Afiza 019-3013020

Bekam Sunnah Naurahman

Amalan Berbekam Mengurangkan Uric Asid Dalam Darah
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)

Bekam Sunnah Naurahman

Perkhidmatan Pakar Bekam Ke Rumah Anda - Sekitar Seremban
Hubungi : Puan Afiza 019-3013020

Wednesday 4 February 2015

Testimoni lagi

Testimoni masih panas.. .baru keluar dr oven.. .
Mlm td bekam...harini dpt hasil yg sungguh memuaskan.. .alhamdulillah.. . Kesan setiap pesakit adalah berbeza.. .ada org cepat ada org mengambil masa tiga hari..
Terima kasih puan effa menerima khidmat bekam dr bekam naurahman muslimah. ..

Thursday 15 January 2015

Tempahan

Tempahan

Pakar dalam rawatan bekam sunnah.

 Harga : Hanya RM65 untuk 15 cup bekam 

 

 

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mencuba rawatan alternatif bekam sunnah,sila hubungi :

Pengasas Bekam Mobile Naurahman

Puan Fiza : 019-3013020 (Wanita sahaja)

Fazly - 012-3401023  (Lelaki sahaja)

Email : naurahman78@gmail.com

 

  Kami datang ke tempat anda !!!

Tambahan :-

Caj Pengangkutan mengikut jarak :

  • Kl/Selangor - RM 50 

  • PD RM - 25 

  • Nilai - RM 10 

  • Putrajaya - RM 50

 

 

Apa itu bekam?

Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.

Tukang bekam dipanggil pembekam atau hajim. Istilah pembekam adalah homonim yang membawa maksud: orang yang melakukan kerja membekam; atau  alat untuk membekam.Istilah bahasa Inggeris yang setara dengan bekam ialah cupping.


sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Bekam

Jenis Bekam

Jenis bekam


Bekam kering
Bekam kering atau bekam angin adalah menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya orang tidak tahan suntikan jarum atau takut melihat darah. Mengikut kaedah tradisional, kulit yang dibekam akan kelihatan merah kehitaman dan hilang selepas kira-kira tiga hari.

 





Bekam basah
Bekam ini dilakukan dengan melukai permukaan kulit menggunakan jarum tajam. Darah toksik dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik adalah antara tiga hingga lima minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihat tidak mandi selama tiga jam selepas berbekam.

Rawatan dan Amalan Berbekam


Waktu Bekam

Waktu berbekam - Paling baik ketika pertengahan bulan kerana ketika ini, darah toksik berhimpun. Bagaimanapun, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa bertujuan mengubati penyakit.

Mereka yang hendak berbekam dinasihat tidak makan makanan berat antara dua hingga jam sebelum berbekam dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.


Alat bekam

* Pada zaman Nabi Muhammad, cawan atau mangkuk kaca digunakan untuk berbekam, manakala orang Cina pada zaman kuno, menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah toksik dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di Barat hingga sekarang.

* Ketika masih ada pengamal bekam menggunakan kaedah tradisional, perubatan bekam mula menerapkan unsur moden melalui penggunaan alat seperti mangkuk, pisau pembedahan, bahan antiseptik, manakala pengamal bekam menggunakan sarung tangan yang sama seperti pengamal perubatan moden.



Larangan berbekam

* Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.

* Antara anggota bahagian tubuh yang tidak boleh dibekam ialah mata, telinga, hidung, mulut, alat kelamin dan dubur.

Kebaikan berbekam



Kebaikan berbekam

* Membantu menghilangkan pening dan migrain.

* Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.

* Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.

* Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

* Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.

* Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah tersumbat.

* Membantu meringankan tubuh. Darah kotor terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.

* Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.

* Dikatakan dapat merawat pelbagai penyakit. Dianggarkan sebanyak 72 jenis penyakit dapat disembuhkan seperti ketegangan urat, darah tinggi, jantung, kolesterol, masuk angin, migrain, sakit mata, angin ahmar, sakit gigi, jerawat, sembelit, tekanan dan buah pinggang.

testimoni 4

Testimoni #4



testimoni 3

Testimoni 2

Soalan Dan Jawapan


Bekam Sunnah Seremban

Soalan Dan Jawapan :
 

Apa itu Bekam?
  •   Bekam adalah sebuah terapi rawatan dan pencegahan penyakit dengan cara mengeluarkan darah kotor, beracun, mati dan berpenyakit dari dalam tubuh melalui permukaan kulit.
Dari mana asalnya Bekam?
  • Bekam berasal dari timur tengah sejak zaman kenabian. Amalan bekam telah dilakukan sejak berabad-abad yang lalu.

Siapa saja yang boleh dibekam?

  •      Siapa saja boleh dibekam dengan pengecualian secara umum sebagai berikut:
     - Anak-anak dibawah 9 tahun.
     - Orang tua yang sudah sangat lemah.
     - Yang mempunyai tekanan darah rendah dibawah 90/70.
     - Yang mempunyai penyakit kencing manis yang sudah menimbulkan gangren.
     - Sedang demam tinggi.
     - Wanita hamil.
     - Wanita sedang haid.


 
 

Kenapa Bekam dikatakan sebaik-baik rawatan?
  • Rawatan dengan terapi bekam merupakan tindakan rawatan prefentif dan kuratif. Secara langsung mengeluarkan penyakit, membersihkan dan meningkatkan kualiti serta mlancarkan peredaran darah didalam tubuh. Dengan demikian sistem imuniti tubuh akan meningkat dan tubuh akan lebih kebal / tahan dari serangan-serangan berbagai macam penyakit.

     Disamping itu, Rasulullah SAW juga menyatakan dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa "Sebaik-baik perubatan yang kamu lakukan adalah dengan hijamah (bekam)"
 

Apakah non muslim boleh dibekam?
  • Islam ataupun Rasulullah SAW tidak pernah melarang sesiapa untuk berbekam. Kesihatan adalah hak setiap manusia, sama ada muslim atau bukan.

Penyakit apa saja yang boleh diubati dengan therapy Bekam? 
  • Hampir semua penyakit InsyaAllah boleh diubati dengan therapy Bekam.Dan yang paling banyak merasakan manfaatnya adalah pesakit penyakit sebagai berikut:
      - Kolesterol tinggi.
     - Tekanan darah tinggi.
     - Jantung.
     - Asam urat.
     - Migrain / sakit kepala.
     - Strok.
     - Diabetes.
     - Masalah mata.
     - Rematik.
     - Asma.
     - Leher / bahu kaku / kecapekan.
     - Mudah masuk angin.
     - Kaki kesemutan.
     - Kaki bengkak.
     - Hati / Liver.
     - Vertigo.
     - Kegagalan suntik silikon yang menyebabkan bengkak.

Berapa lama waktunya therapy Bekam?

  • Terapi bekam akan memakan masa 30 - 90 minit, bergantung keadaan dan penyakit yang dialami pesakit.

 
Apakah betul bekam disunnahkan oleh Rasulullah SAW?

  •      Rasulullah dalam riwayatnya berbekam secara berkala sekitar 3 bulan sekali. Dan Rasulullah pernah dibekam dipuncak kepala ketika disihir oleh dukun yahudi.


Artikel dipetik dari : http://www.bekam.net/faq.html

Wednesday 14 January 2015

PUNCA TERJADINYA PENYAKIT

PUNCA TERJADINYA PENYAKIT
Penyakit berpunca dari darah dalam badan tidak berfungsi lagi dan tidak berguna lagi untuk tubuh yang akhirnya menjadi keracunan yang menghakis kecergasan badan. Jika tidak dibuangkan toksin (kekotoran atau keracunan) tadi, lama-kelamaan badan tidak boleh bertahan, maka terjadilah penyakit iaitu seperti buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain penyakit yang merbahaya.


MERAWAT PENYAKIT SECARA BEKAM
Sistem rawatan ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. di mana darah dan angin yang tidak berguna pada badan yang menyebabkan terjadinya penyakit akan dibuang dengan disebut keluar menggunakan alat bekam yang moden. Rawatan ini tidak mendatangkan kesan sampingan dan tiada bahaya pada tubuh badan.

kaedah altenatif

Kaedah Altenatif


bekam boleh mengurangkan penyakit kencing manis...
tidak salah mencuba kaedah altenatif....
sila hubungi puan afiza 019-3013020....

Khasiat Bekam


Khasiat Bekam Darah

  • 1) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.
  • 2) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
  • 3) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
  • 4) Bermanfaat bagi penderita asma,pneumonia dan angina pectoris.
  • 5) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala
  • dan wajah,migrain dan sakit gigi.
  • 6) Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.
  • 7) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
  • 8) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
  • 9) Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis.
  • 10) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
  • 11) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
  • 12) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
  • 13) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan
  • nephritis (radang ginjal) yang parah.
  • 14) Bermanfaat mengatasi keracunan.
  • 15) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

Khasiat Bekam Kering
  • 1) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah beku.
  • 2) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
  • 3) Mengubati nephritis.
  • 4) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian
  • punggung bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
  • 5) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
  • 6) Untuk mengatasi masuk angin.
  • 7) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah
  • pesakit dan menginjeksikannya ke otot paha,khususnya bagi anak-anak atau
  • siapa saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.
  • 8)Dapat mengeluarkan angin dari badan
  • 9)Menyegarkan badan
  • 10)Menghilangkan kelesuan dan merawat penyakit lelah

Testimoni 1

Testimoni #1



Setelah pelanggan berpuas hati dengan keberkesanan setelah berbekam...hari Jumaat 12/9/2014 pelanggan membuat satu lagi temujanji untuk rawatan muka resdung dan bekam....Setelah bekam kulit muka akan berasa kering kurang berminyak dan kurang bersin dan yang paling best kalau kerap sakit kepala kaedah berbekam adalah kaedah yang terbaik sebab sakit kepala akan hilang dan kepala akan rasa ringan sangat.....
Sapa sapa yang ada migraine tu meh sini saya bantu menyelesaikan masalah anda...PM / Whatsapp afiza 019-3013020

p/s: saya dulu pesakit migraine yang teruk sampai masuk hospital....hehehe

Amalan Berbekam

AMALAN BERBEKAM
MENGURANGKAN KANDUNGAN URIC ACID DALAM DARAH

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)


Uric Acid

Uric Acid
Kandungan uric acid yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang penyakit GOUT dan terbentuknya BATU KARANG di dalam buah pinggang/ saluran ureter/ pundi kencing.

Paras uric acid di dalam darah dipengaruhi oleh faktor keturunan dan pemakanan. Faktor keturunan adalah amat-amat menentukan ketinggian paras uric asid di dalam darah seseorang. Sekalipun seseorang itu memakan makanan yang banyak uric asid tetapi paras uric acid di dalam darah tetap kekal normal sekiranya tiada faktor keturunan. Sebab itu, seseorang yang paras uric acid di dalam darah pada paras normal semasa ujian darah yang pertama – menunjukkan seseorang itu tak perlu lagi diulang periksa ujian darah uric acidnya .

Paras normal uric acid bagi lelaki sebaiknya di bawah daripada 300umol/l……dan bagi perempuan sebaiknya di bawah daripada 250umol/l bagi mengelak atau mencegah daripada penyakit gout dan batu karang dalam saluran kencing.

Elakkan memakan ikan bilis, jantung, hati, daging , ikan sardine, telur ikan, otak, kepah dan makanan laut yang lain, kekacang, cendawan, bayam bunga kobis dan kacang dal.

Pesakit gout jika dinasihatkan kurangkan makanan tinggi protin, kurangkan pengambilan makanan berlemak, kurangkan berat badan, elakkan minuman beralkohol dan minum air banyak.